Hulur cek kosong, Peugeot akan bina sebuah hypercar 9X8 versi jalanan untuk anda!

oleh Mohamad Hanif|
Peugeot 9X8 merupakan jentera lumba prototaip yang dibina oleh pengeluar automotif Perancis bagi kategori Le Mans Hypercar dalam perlumbaan FIA World Endurance Championship.

Buat masa ini, sama seperti Toyota, Peugeot tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan 9X8 versi jalanan, kecuali dengan satu syarat: anda perlu menghantar sebuah cek kosong kepada Peugeot untuk mengubah fikiran mereka.
 

9x8


Bercakap kepada Top Gear, CEO Peugeot Linda Jackson mengesahkan hypercar 9X8 tidak termasuk di dalam perancangan produksi.

"Jika anda mahu berjumpa kami dan membawa sebuah cek kosong, kita boleh berbincang."
 

9X8


Idea untuk menghasilkan sebuah hypercar berlencanakan singa Perancis tampak menarik, namun secara hakikatnya tiada seorang pun yang berminat untuk merealisasikan jentera Le Mans Hypercar spesifikasi jalanan.

Menerusi penyertaan di dalam perlumbaan endurans, Peugeot mahu menjadikannya satu platform untuk menguji keberkesanan sistem hibrid terbaharu.
 

9X8


Mengikut spesifikasi, Peugeot 9X8 didatangkan dengan enjin 2.6 liter bentangan V6 turbo berkembar berkuasa 680 hp, dipadankan dengan motor elektrik 272 hp (200 kW) dan sistem bateri 900 voltan.

Secara keseluruhan, Peugeot 9X8 berupaya menghasilkan 952 hp, namun kuasa tersebut dihadkan kepada 670 hp sahaja mengikut regulasi perlumbaan yang telah ditetapkan.

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jason Choong Zheng Xin, pemenang bertuah yang telah membeli sebuah Peugeot 3008 sepanjang kempen…
Berita Domestik
Seorang pemilik Peugeot bertuah bakal berpeluang untuk memenangi perjalanan berbayar semua…