Hutang negara RM1.5 trillion, turun harga minyak jejaskan inisiatif, program manfaat rakyat yang lain - Rafizi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Berita Harian
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mendakwa pelbagai inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada rakyat negara ini akan terjejas jika kerajaan menurunkan harga petrol.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Rafizi berkata, "Rakyat bertanya kepada kita mengapa tidak turunkan harga petrol. Pertamanya, hutang sekarang RM1.5 trilion. Kita ada hutang besar, jadi kerajaan harus buat pilihan."

Penjelasannya itu menyusul selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bersetuju menerima cabaran berdebat, dengan syarat Rafizi membuktikan beliau berjaya memulihkan ekonomi Malaysia dan menurunkan harga bahan bakar kenderaan.

Menurut Rafizi juga, bagi satu liter RON95 yang kini berharga RM2.05, kerajaan sudah memberi subsidi RM1 atau dua pertiga daripada kosnya yang dianggarkan jumlah keseluruhannya RM25 bilion.

Tahun lalu pula, subsidi untuk RON951, diesel dan elektrik mencecah RM80 bilion, dengan pendapatan kerajaan dianggarkan sekitar RM300 bilion.

"Kerajaan kena bayar subsidi sampai RM80 bilion, bayar lagi faedah atas hutang lebih kurang RM30 bilion, tambah pula gaji pekerja, sewa bangunan kerajaan dan perbelanjaan kerajaan beratus-ratus bilion."

"Akhirnya duit itu habis semua, jadi bagaimana kita hendak bantu rakyat untuk naikkan gaji, bina lebih banyak rumah dan wujudkan program basmi kemiskinan yang mengubah kehidupan rakyat," katanya.

Menurutnya, mungkin mudah bagi kerajaan memenangi PRN dengan mengumumkan harga minyak turun sebanyak 20 sen, tetapi ia akan memberi kesan lebih besar.

Ia termasuk gaji cikgu dipotong, projek rumah rakyat miskin dihentikan dan bekalan air di Kelantan serta Sabah tidak dapat diselesaikan.

"Jadi beritahu kami mana satu tindakan bertanggungjawab perlu dilakukan?," katanya.

Jumaat lalu, Rafizi berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan untuk menurunkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel buat masa ini.

 

Sumber: FMT melalui Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Harga petrol RON95-III juga menurun sebanyak 280 dong seliter kepada 20,820 dong. Harga diesel…
Informasi
Pada Rabu, penanda aras minyak Brent meningkat 0.27 peratus kepada AS$76.69 setong manakala West…
Berita Domestik
"Belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakannya (rasionalisasi subsidi RON95…