Kini, beberapa gambar sebenar SUV Klon tersebut telah pun muncul dan jika dilihat dengan lebih teliti, ia masih merupakan sebuah klon Lamborghini Urus, namun telah ditambah baik dengan elemen dari Porsche Cayenne, dan juga Audi.
Sedikit pembetulan, SUV klon ini sebenarnya dihasilkan oleh syarikat Beigi Yinxiang Automobile, sebuah kerjasama di antara BAIC dengan Yinxiang Motorcycle Group.
Mereka menggunakan jenama Huansu yang bermaksud Magic Speed, manakala Hyosow merupakan jenama versi 'Inggeris' yang bakal digunakan oleh syarikat tersebut untuk SUV C60 ini.
Menggunakan enjin petrol turbo 2.0 liter, ia mampu menghasilkan sejumlah 195 hp dan bakal ditawarkan di dalam versi lima dan tujuh tempat duduk, tidak seperti Urus dengan hanya empat tempat duduk sahaja.
Harga jualan bermula dari 100,000 sehingga 150,000 yuan (RM62,000++ - RM93,000++) bergantung kepada varian tempat duduk yang ditawarkan.
Untuk pengetahuan, Lamborghini Urus dijual pada tanda harga 3.13 juta yuan (RM1.94 juta++), jadi dengan duit sebanyak itu, anda boleh membeli sejumlah 31 Hyosow C60 untuk dipamerkan pada laman rumah anda.
Sumber: Car News China