Hyundai dedah jentera rali i20 N Rally1 2022, trenkuasa hibrid dengan 500 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Era elektrifikasi kini mula menguasai sukan berprestij rali WRC, dan Hyundai Motorsport merupakan antara yang terawal mendedahkan secara rasmi jentera yang bakal digunakan pada musim perlumbaan tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai i20 N Rally1 2022 ini menampilkan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 1.6 liter turbo yang dibawakan secara terus daripada spesifikasi rali 2021, dipadankan dengan motor elektriK Kreisel Electrics yang mampu menambah 134 kuasa kuda dan 180 Nm.
 

i20 N


Secara keseluruhan, jentera rali ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 500 hp!

Kuasa itu tadi disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi kotak gear sekuential, sementara motor elektrik itu tadi memperoleh kuasa daripada pek bateri 3.9 kWh, serta menampilkan ciri brek regeneratif.
 

i20 N


Menggunakan asas daripada generasi baharu i20 N, jentera rali ini telah ditambah dengan kit badan aerodinamik yang serba ekstrem, merangkumi fender depan dan belakang yang lebar, bampar yang direka semula, sistem ekzos tengah, dan sayap belakang yang agak besar.

Ia kemudian dilayangkan dengan warna gandingan teal, biru dan jingga, diikuti dengan rim spesifikasi tarmac balutan tayar Pirelli P-Zero.

Jentera i20 N Rally1 2022 ini akan dikendalikan oleh Thierry Neuville dan Ott Tanak, diikuti pendatang baharu Oliver Solberg bersama-sama veteran Dani Sordo.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Sukan Bermotor
Kini, jentera yang sama bakal menonjolkan diri semula di dalam World Rallycross Championship 2022…
Berita Domestik
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan perancangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal…