Hyundai India dedah teaser Creta 2024, rupa paras baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua Hyundai Creta telah pun berada di pasaran sejak tahun 2019, dan tidak menghairankan apabila model tersebut sedia untuk diperbaharui untuk tahun ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut laporan Rushlane, Hyundai Motor India telah pun membuka tempahan bagi model Hyundai Creta 2024 serba baharu, menjelang pelancaran rasmi pada bulan ini.

Jika dibandingkan dengan Creta yang terdahulu, Creta 2024 telah diberikan perubahan yang agak signifikan di bahagian luar.
 

Creta


Bermula dari depan, SUV tersebut telah diberikan muka baharu yang lebih canggih, dengan lampu LED quad-beam dan lampu nyalaan siang (DRL) LED yang lebih bersegi, diikuti dengan struktur jeriji yang lebih besar dan tegap.

Pendekatan rekaan yang sama turut dibawakan pada bahagian belakang.

Hyundai turut mendedahkan susun atur papan pemuka serba baharu, di mana Creta 2024 membawakan paparan tunggal lebar yang terdiri daripada skrin kluster digital dan skrin infohibur.
 

hyundai


Di pasaran India, Hyundai Creta boleh didapati dengan tiga pilihan enjin, termasuklah enjin Kappa 1.5 liter turbo GDI, 1.5 liter MPi, atau enjin diesel 1.5 liter U2 CRDi, diikuti dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan, IVT (intelligent variable transmission), DCT tujuh kelajuan atau automatik enam nisbah kelajuan.

Difahamkan, selain daripada kelengkapan keselamatan aktif dan pasif yang termaju, Hyundai Creta juga boleh didapati dalam tujuh varian, diikuti enam pilihan warna satu tona dan satu pilihan warna dua tona.

Lebih banyak info bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi Hyundai Creta pada bulan ini.

 

 

Untuk makluman, Hyundai Creta merupakan model SUV yang paling laris terjual di pasaran India sejak tahun 2020, serta model ketiga Hyundai yang paling laris terjual di peringkat global sejak 2019.

Sumber: Rushlane

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengeluar itu baharu sahaja melancarkan Hyundai Creta 2024 versi facelift dengan membawakan…