Hyundai Ioniq EV, Kona EV kini mendarat di Indonesia!

oleh Mohamad Hanif|
Pemilikan kenderaan elektrik sudah pun menjadi satu norma baharu di beberapa negara maju, dan trend ini nampaknya sudah pun 'menjangkiti' beberapa buah negara jiran, termasuklah Thailand dan terbaharu, Indonesia!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini kita sudah pun membaca bagaimana pesatnya pembangunan infrastruktur EV di pasaran Indonesia, dimulakan dengan pembinaan fasiliti penghasilan bateri EV, dan kemasukan beberapa jenama EV.

Terbaharu, pihak Hyundai Indonesia akhirnya secara rasmi melancarkan dua buah model EV untuk pasaran tersebut, iaitu Hyundai Ioniq EV dan Kona EV.

 


Menurut laporan daripada Autonetmagz, Hyundai Ioniq sebelum ini pernah digunakan sebagai kenderaan percubaan bagi perkhidmatan e-hailing Grab, sebelum penjualannya dibuka kepada orang awam dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Terdapat dua varian ditawarkan, iaitu Signature dan Prime, di mana kedua-duanya hadir dengan konfigurasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 136 PS dan 295 Nm, serta pek bateri 38.3 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 373 km untuk sekali caj penuh.

Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 9.9 saat dan masa pengecasan 0 ke 80 peratus adalah sekitar 54 minit jika menggunakan fasiliti pengecasan pantas 100 kW.

 


Sementara Hyundai Kona EV pula seperti yang diketahui adalah sebuah crossover segmen B dengan bantuan trenkuasa elektrik dengan kuasa 136 PS dan daya kilas 395 Nm, serta pek bateri 39.2 kWh.

Jarak operasi pula adalah sekitar 345 km mengikut data NEDC dan masa pengecasan hanyalah sekitar 54 minit (0-80 peratus) sekiranya menggunakan fasiliti pengecasan pantas.

 


Harga jualan Hyundai Ioniq EV bermula dari 624.8 juta Rupiah (RM181 ribu) untuk varian Signature hingga 644.8 juta Rupiah (RM187 ribu) untuk varian Prime, manakala Kona EV pula dijual pada harga 674.8 juta Rupiah (RM196 ribu).

Kedua-dua model elektrik tersebut dilindungi dengan jaminan pengeluar untuk bateri dalam tempoh lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km serta penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau perbatuan 75,000 km yang mana terdahulu.

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada membangunkan kilang pemasangan kenderaan, memindahkan operasi ibu pejabat dari…
Berita Global
Ia kemudian disusuli dengan pelancaran projek perintis GrabCar Elektrik melibatkan kira-kira 50…