Hyundai bangunkan pusat R&D di Indonesia, kaji pasaran tempatan lebih mendalam

oleh Mohamad Hanif|
Kebelakangan ini kita sendiri dapat melihat betapa aktifnya Hyundai menembusi pasaran negara jiran, Indonesia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Selain daripada membangunkan kilang pemasangan kenderaan, memindahkan operasi ibu pejabat dari Malaysia serta membawakan beberapa model kenderaan elektrik baharu di sana, Hyundai dilaporkan mahu membangunkan sebuah pusat penyelidikan melihatkan kepada potensi besar yang ada pada pasaran Indonesia.

Memetik berita daripada rakan media negara jiran Autonetmagz, Ketua Pegawai Operasi Hyundai Motors Indonesia (HMID) Makmur menjelaskan dengan membangunkan sebuah pusat R&D, pihak Hyundai mampu mengkaji dan memahami pasaran tersebut dengan lebih mendalam.

Tambah beliau, pusat penyelidikan tersebut tidak hanya memfokuskan kepada penjualan produk di pasaran tempatan, malah boleh dimanfaatkan untuk pasaran eksport, terutama Asia Tenggara.

Langkah yang diambil oleh Hyundai ini diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran jenama tersebut di kalangan rakyat Indonesia, memandangkan pasaran tersebut lebih mesra dengan jenama-jenama dari Jepun dan juga China.

Selain daripada model-model baharu seperti Hyundai Palisade, Ioniq EV dan Hyundai Kona EV, HMID juga bakal membawakan versi facelift Hyundai Kona seperti yang telah dilancarkan di peringkat global tahun lalu.

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menggunakan tenaga elektrik bermakna anda boleh menjana sendiri melalui panel solar. Selain…
Berita Global
Ketahanan yang lemah pada unit kawalan elektronik hidraulik (HECU) menyebabkan 37,169 unit bagi dua…
Berita Global
"Kami melihat ciri atas permintaan sebagai pilihan, untuk menambah lebih banyak pemperibadian dalam…