Hyundai Kona 2024 - pilihan enjin 2.0 NA, 1.6 Turbo atau versi EV di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara New York Auto Show, Hyundai memperlihatkan secara rasmi crossover generasi baharu Kona 2024 yang akan dijual bermula musim panas tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin aspirasi natural (NA), turbo, serta tidak ketinggalan versi elektrik sepenuhnya (EV).
 

Kona


Versi enjin pembakaran dalaman boleh didapati dengan nadi 2.0 liter NA yang mampu menjana kuasa 147 hp dan 179 Nm dengan padanan transmisi IVT, atau enjin 1.6 liter turbo menghasilkan 190 hp dan 265 Nm dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Versi pacuan roda hadapan didatangkan dengan tetapan suspensi belakang jenis torsion beam, manakala versi pacuan semua roda dibekalkan standard dengan suspensi multi-link dibantu penggunaan bar pengimbang.

Kona Limited tampak seperti sebuah SUV yang sebenar, di mana rekaan arka roda diserikan dengan cladding plastik, rim 17 atau 18 inci serta kehadiran skid plate pada bampar.
 

Kona N-Line


Kona N-Line pula memadamkan imej SUV dengan trim cladding mengikut warna badan, rekaan bampar yang lebih agresif, rim aloi bersaiz 19 inci, tambahan pada spoiler belakang, tip ekzos berkembar, diffuser, pedal sport aluminium, trim merah pada papan pemuka diikuti dengan jahitan merah pada tempat duduk N jenis bucket.

Kelengkapan pada ruang kabin termasuklah skrin berkembar bersaiz 12.3 inci, sistem audio Bose dengan lapan pembesar suara dan subwoofer, slot pengecasan USB-C, serta pad pengecasan peranti pintar tanpa wayar.
 

Kona EV


Sebuah lagi varian ialah Kona Electric, di mana ia membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan Kona Electric pasaran Korea Selatan.

Versi asas dipadankan dengan motor elektrik (133 hp/255 Nm) dan pek bateri 48.6 kWh yang membolehkan jarak gerak sejauh 317 km.

Versi yang lebih berkuasa didatangkan dengan motor elektrik 201 hp, pek bateri yang lebih besar (64.8 kWh) serta jarak gerak sejauh 418 km untuk sekali cas penuh.
 

V2L


Dengan sistem pengecasan 400 voltan (tidak terdapat pada bateri yang lebih kecil), bateri 64.8 kWh itu boleh dicas dari 10-80 peratus dalam masa 43 minit sahaja.

Kona EV turut menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan peralatan elektrik dihidupkan pada kuasa sehingga 1.7 kWh.
 

Kona


Ciri lain termasuklah tuil gear shift-by-wire di bahagian belakang stereng, ruang kargo sebesar 722 liter (boleh dibesarkan sehingga 1,803 liter), ruang storan tambahan 27 liter pada bahagian frunk, skrin berkembar 12.3 inci, rim aerodinamik, serta cladding plastik mengikut warna badan.

Harga jualan Kona 2024 hanya akan diumumkan kelak.

Baca: Hyundai Kona Electric 2024 (Korea Selatan)

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Spesifikasi Kona 2024 untuk jualan global pula bakal didedahkan pada bulan Mac, untuk pasaran Korea…