Hyundai Kona EV bakal dilancarkan hujung November, harga bawah RM150k!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengesahkan pelancaran rasmi crossover elektrik Kona EV pada bulan November ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dengan harga anggaran bermula di bawah RM150,000, Hyundai Kona Electric boleh didapati dalam dua versi kapasiti pek bateri, 39.2 kWh dengan jarak operasi sejauh 305 km, dan 64 kWh dengan jarak operasi mampu mencapai 484 km.

Namun, kedua-dua versi Kona Electric ini bakal dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 204 PS dan 395 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j boleh mencapai 7.9 saat.

Menggunakan pengecasan pantas DC 100 kW, Hyundai Kona Electric boleh dicas dari kapasiti bateri 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa 47 minit.
 

Kona


Kona Electric juga turut dibekalkan dengan pengecasan on-board tiga fasa 11 kW yang membolehkan masa pengecasan yang lebih pantas ketika menggunakan stesen pengecasan umum AC tiga fasa, atau menggunakan wall box yang bersesuaian di rumah.

Pemilik juga boleh menggunakan soket kuasa standard di rumah dengan menggunakan kabel ICCB (In-cable control box).

Sama seperti Kona facelift, Kona Electric membawakan reka bentuk luaran yang lebih agresif seperti rekaan bampar baharu, unit lampu baharu, rekaan lampu DRL baharu serta gril hadapan yang 'kosong'.
 

EV

 

Terdapat tiga varian yang boleh dipilih iaitu Kona Electric e-lite 39.2 kWh, Kona Electric e-plus 39.2 kWh, dan Kona Electric e-max 64 kWh. Tempahan bagi Kona Electric kini sudah dibuka di platform membeli belah Cl!ck to Buy (www.hyundai.com.my/clicktobuy/).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…