Hyundai Kona EV disumpah jadi kereta rali, hasilkan 805 HP!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pemilihan EV sebagai jentera lumba rali bukan lah satu perkara biasa, namun satu pasukan dari New Zealand telah membuat keputusan berani dengan mengambil sebuah Hyundai Kona EV versi produksi untuk dijadikan jentera rali pasukan mereka.

Hasil binaan unik itu telah didedahkan pada acara Adelaide Motorsport Festival 2023 di Australia, dimana juara dan pemandu rali dari New Zealand, Hayden Paddon telah mempamerkan aksi dan kelincahan jentera rali Kona EV itu di atas litar.

 

2

 

Projek binaan jentera rali Hyundai Kona EV itu telah dimulakan pada tahun 2019 di New Zealand dan masih berada pada peringkat awal pembangunannya.

Walaupun masih dalam fasa pembangunan, Hayden Paddon bersama pasukannya telah berjaya menunjukkan beberapa potensi besar bagi jentera rali EV itu.

 

3

 

Jentera rali EV itu boleh dikatakan sebagai Kona EV terpantas di dunia dimana ia dikuasakan oleh 3 motor elektrik dipadankan dengan bateri prototaip berkapasiti 23 kWj bersama pacuan semua roda yang menghasilkan sehingga 805 HP.

Walaupun dengan spesifikasi rali, jentera itu turut mendapat tetapan motor berkembar dengan kuasa yang dikurangkan iaitu sebanyak 537 HP.

 

4

 

Pada masa akan datang juga, jentera rali Kona EV itu akan dinaik taraf dengan bateri berkapasiti 54 kWj bagi memberikan jarak yang lebih baik untuk menghadapi setiap peringkat rali.

Menurut pemandu yang telah menguji jentera tersebut, Kona EV itu merupakan kereta rali terbaik yang pernah dipandu, namun ianya sedikit bosan kerana ketiadaan bunyi enjin untuk dinikmati.

 

5

 

Kit badan bagi jentera rali Kona EV itu telah dihasilkan dengan kerjasama universiti New Zealand bagi menhasilkan downforce yang cukup dan memastikan seretan dihasilkan tidak terlalu banyak.

Antara tambahan kit badan yang dihasilkan ialah sambungan fender lebar dengan bolong bersepadu, bampar yang lebih dalam, canard yang besar, scoop bonet, gril terbuka, sayap belakang yang besar dan diffuser.

 

7

 

Setakat ini, Hyundai Kona EV versi rali itu telah menyertai lima acara hillclimb dan sprint menentang jentera dengan enjin pembakaran dalaman, dan telah memenangi empat dari lima acara yang disertai.

Hayden Paddon dan pasukannya juga percaya bahawa masa depan sukan lasak itu bakal dipenuhi dengan jentera yang dikuasakan oleh trenkuasa elektrik sepenuhnya pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sebagai seorang pemilik EV, jujur saya katakan ia tidak boleh menggantikan terus kenderaan utama…
Berita Domestik
Berita ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran gambar intip yang berjaya diperoleh Adi Azri Ari…
Berita Global
Selain daripada membangunkan kilang pemasangan kenderaan, memindahkan operasi ibu pejabat dari…