Namun, selari dengan hasrat kerajaan di sana untuk memperkasakan lagi kenderaan elektrik, ia nampaknya sudah pun mula digunakan untuk kegunaan pihak berkuasa.
Menurut laporan daripada laman web GridOto, mereka mengesan kelibat Hyundai Kona EV yang dibaluti liveri Polri (Polis Republik Indonesia) menerusi akaun Instagram @prosignal_indonesia.
Ia menampilkan warna asas putih dengan liveri biru-merah, serta terpampang logo Satlantas (Satuan Lalu Lintas) di bahagian pintu, serta perkataan POLISI pada hud hadapan.
Difahamkan, Hyundai Kona EV ini akan digunakan sebagai model ujian kegunaan rondaan oleh Patroli Pengawalan Gabernor Jawa Barat.