Tidak seperti varian Staria Load yang telah dilancarkan sebelum ini, varian Premium hanya ditawarkan eksklusif dalam versi dua tempat duduk sahaja.

Ia membawakan enjin 2.2 liter CRDi diesel turbo dengan janaan kuasa 174 hp dan 430 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan sahaja.
Ciri yang membezakan varian Premium ini ialah unit lampu LED depan dan belakang termasuklah bar lampu LED, pintu belakang pintar berkuasa elektrik, skrin kluster digital 10.25 inci, skrin infotainmen sebesar 10.25 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kawalan iklim automatik, serta sistem kekunci pintar.

Kelengkapan keselamatan Hyundai SmartSense turut ada pada Staria Load Premium, merangkumi kawalan jelajah pintar, amaran tumpuan pemandu, bantuan pengekalan lorong, bantuan mengikut lorong, bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, bantuan keluar selamat, serta tambahan ciri sistem pemantauan titik buta dan bantuan suluhan tinggi.
Versi Premium ini dijual pada harga bermula dari AU$51,240 (RM155,433).
Baca: Hyundai Staria Load