Hyundai Palisade 2023 facelift rasmi di Malaysia, dari RM368,888

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung tahun 2021, Hyundai-Sime Darby Motors telah pun melancarkan SUV saiz penuh Palisade untuk pasaran tempatan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Selepas setahun lebih kehadirannya di pasaran, HSDM kini memperkenalkan versi facelift yang membawakan perubahan rupa paras yang lebih tegap, serta kemaskini spesifikasi standard untuk semua varian.

Hyundai Palisade 2023 kini membawakan imej depan yang diperbaharui, di mana struktur gril depan kini menjadi lebih bersegi, sementara unit lampu nyalaan siang DRL LED menjadi lebih tegap.
 

palisade


Tidak seperti Tucson, rekaan jeriji depan itu tadi tidak langsung menampilkan sebarang ciri pencahayaan.

Dari segi kuasa, Hyundai Palisade 2023 facelift ini masih lagi mengekalkan penawaran dua pilihan enjin, terdiri daripada enjin diesel 2.2 liter CRDi berkuasa 200 hp/440 Nm yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda, serta enjin 3.8 liter bentangan V6 dengan janaan kuasa 295 hp/355 Nm dan sistem pacuan roda hadapan.

Sistem transmisi automatik lapan nisbah kelajuan adalah standard untuk semua varian, dengan sistem penukaran shift-by-wire.

Selain itu, kesemua varian dipasangkan rim aloi bersaiz 20 inci, sistem lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED (varian diesel dapat kombinasi mentol), rak bumbung, dan bumbung suria panorama.
 

p


Untuk ruang kabin, Hyundai Palisade kini didatangkan standard dengan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infohibur 12.3 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio dengan enam pembesar suara, pengecasan peranti pintar nirwayar, kamera undur, tujuh port USB serta empat outlet kuasa.

Aspek keselesaan diteruskan dengan sistem pendingin hawa dua zon automatik, sistem pendingin hawa belakang zon tunggal, ciri larasan 12 tahap serta fungsi memori untuk tempat duduk pemandu, larasan lapan tahap untuk kerusi penumpang hadapan, fungsi pemanas dan ventilasi untuk baris hadapan, fungsi pemanas untuk tempat duduk baris kedua (tambahan fungsi ventilasi untuk varian tujuh tempat duduk).

Untuk Hyundai Palisade facelift, ciri keselamatan Hyundai SmartSense kini ditawarkan standard untuk kesemua empat varian, terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Pintar dengan fungsi Berhenti & Mula
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadpan (FCA)
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan di Persimpangan (FCA-JT)
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Bantuan Mengikut Lorong (LFA)
  • Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
  • Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LVDA)
  • Amaran Keluar Selamat (SEA)
  • Amaran Kehadiran Penumpang Belakang (ROA)

Selain itu, Hyundai Palisade 2023 facelift ini dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, ESC, Bantuan Mula Mendaki (HAC), Brek Berbilang Pelanggaran (MCB), Bantuan Kestabilan Trailer (TSA), Sistem Bantuan Parkir serta cagak ISOFIX turut disediakan.
 

PALIS


Berikut merupakan senarai harga jualan untuk setiap varian Palisade 2023:

  • Palisade Executive 2.2L Diesel - RM368,888.00
  • Palisade Executive 3.8L Petrol - RM378,888.00
  • Palisade Luxury 2.2L Diesel - RM389,888.00
  • Palisade Luxury 3.8L Petrol - RM399,888.00

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut diumumkan menerusi hantaran di laman LinkedIn di mana Sime Darby Hyundai…
Berita Domestik
Dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors baru-baru ini,…
Pelancaran
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan Elantra versi facelift membawakan…