Hyundai Santa Fe 2023 facelift bakal dilancarkan kelak, unit CKD!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Malaysia dijangka akan melancarkan model SUV terbaharu Santa Fe 2023 facelift dalam masa terdekat.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara tersebut diumumkan menerusi hantaran di laman LinkedIn di mana Sime Darby Hyundai Integrated Sdn Bhd (SHDI) telah menandatangani Persijilan Produksi Massa (Certificate of Mass Production) dengan Inokom Corporation Sdn Bhd untuk memasang model SUV tersebut di Malaysia.
 

santa fe


Untuk makluman pembaca Careta, Santa Fe generasi keempat versi facelift sebenarnya telah pun muncul di pasaran global pada 3 Jun 2020 sebagai model tahun 2021.

Disebalik rupa paras yang lebih agresif itu, Santa Fe facelift sebenarnya telah menggunakan platform N3 yang lebih baharu berbanding platform lama yang digunakan oleh model pra-facelift.
 

santa fe


Untuk pasaran tempatan, besar kemungkinan Santa Fe facelift ini akan ditawarkan dengan pilihan enjin 2.4 liter petrol (172 PS @ 6,000 rpm, 225 Nm @ 4,000 rpm) atau enjin diesel 2.2 liter CRDi (193 PS @ 3,800 rpm, 440 Nm @ 1,750-2,750 rpm).

Baca: Hyundai Santa Fe 2021 facelift

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Selepas setahun lebih kehadirannya di pasaran, HSDM kini memperkenalkan versi facelift yang…
Berita Domestik
Dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors baru-baru ini,…
Pelancaran
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan Elantra versi facelift membawakan…