Hyundai perlihat platform modular E-GMP, bakal 'lahir'kan 23 EV, PHEV Hyundai/Kia

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Motor Group baru-baru ini telah memperlihatkan secara rasmi platform baharu yang bakal menjadi asas kepada barisan kenderaan elektrik bagi jenama Hyundai dan Kia pada masa akan datang.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Platform modular yang dinamakan sebagai Electric-Global Modular Platform (E-GMP) itu boleh digunakan bagi menghasilkan apa jua segmen kenderaan, termasuklah sedan, SUV dan CUV, di mana aspek kejuruteraannya ditumpukan bagi menghasilkan pemanduan di selekoh yang baik, dan kestabilan pada kelajuan yang tinggi.

Hal ini disumbangkan dengan penggunaan sistem suspensi jenis five-link di bahagian belakang, serta penggunaan gandar pemanduan yang mengintegrasikan galas roda di dalam aci pemacu untuk menyalurkan kuasa kepada roda, dan dalam masa yang sama meningkatkan kadar keselesaan dan kestabilan pengendalian.

 


Namun, perkara yang paling penting bagi sesebuah platform EV adalah pek bateri, di mana menurut Hyundai ia merupakan pek bateri dengan kadar ketumpatan tenaga yang paling besar pernah dihasilkan.

Lebih menarik, Hyundai menghasilkan platform E-GMP ini dengan keupayaan pacuan roda belakang yang membolehkan kenderaan elektrik pada masa akan datang ditawarkan dalam pilihan pacuan roda belakang atau konfigurasi AWD.

Platform E-GMP ini menawarkan keupayaan pengecasan 800V dan membolehkan pengecasan 400V tanpa memerlukan komponen atau penyesuai tambahan.

Kereta elektrik yang dibangunkan atas platform ini mempunyai jarak operasi sejauh 500 km (mengikut data WLTP) dan proses pengecasan bateri sehingga 80 peratus kapasiti mampu dicapai dalam tempoh 18 minit sahaja.

 


Tambahan pula, platform ini turut menawarkan fungsi vehicle-to-load, yang membolehkan pek bateri sedia ada digunakan untuk mengecas barangan elektrik 110V dan 220V, serta mengecas EV lain dalam keadaan kecemasan.

Seni bina baharu yang dibangunkan oleh Hyundai Motor Group ini bakal menyokong sehingga 23 kenderaan yang dielektrifikasi, termasuklah 11 buah kenderaan elektrik.

Hyundai Ioniq 5 bakal menjadi model pertama yang dibangunkan di atas pelantar E-GMP diikuti oleh sebuah SUV Kia yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…
Berita Global
Menariknya, kesemua varian yang ditawarkan di pasaran tersebut hanya dilengkapi dengan trenkuasa…