Hyundai Santa Fe 2024 - SUV tiga baris tempat duduk, nadi 2.4 liter turbo, 277 hp, 422 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai akhirnya secara rasmi melancarkan SUV generasi kelima Santa Fe dengan mendedahkan lebih banyak butiran terperinci berkenaan SUV dengan rekaan berpetak itu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Hyundai Santa Fe 2024 dijangka akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada separuh pertama tahun hadapan.

Berikut merupakan beberapa fakta ringkas berkenaan Santa Fe 2024:

 

Trenkuasa

SUV


Terdapat dua pilihan enjin ditawarkan di pasaran USA.

Versi paling bertenaga didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 2.5 liter turbo dengan hamburan kuasa 277 hp dan 422 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 8.0 saat.

Terdapat juga pilihan enjin hibrid 1.6 liter turbo yang mampu menghasilkan 177 hp dan 264 Nm, kotak gear automatik enam kelajuan dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat.

 

Saiz

santa


Berbanding Santa Fe terdahulu, Hyundai Santa Fe 2024 membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,831 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,720 mm, dengan jarak antara roda 2,814 mm.

Bukan itu sahaja, ruang kaki untuk penumpang baris kedua telah bertambah sebanyak 35 mm (20 mm untuk model hibrid), diikuti dengan ruang baris ketiga sebanyak 15 mm dan 69 mm ruang kepala tambahan.

Bahagian belakang menempatkan ruang barangan sebesar 725 liter.

 

Kelengkapan kabin

santa fe


Hyundai Santa Fe membawakan ciri seperti panel melengkung panorama yang menampatkan skrin infohibur dan skrin kluster digital sebesar 12.3 inci, ruang storan Bilateral Multi-Console, pengecasan peranti tanpa wayar, dulang steril UV-C, serta sistem amaran penumpang belakang.

Tidak ketinggalan, pelbagai ciri keselamatan termaju Hyundai SmartSense turut tersedia untuk Santa Fe 2024.

 

Pilihan warna

fe


Terdapat 11 pilihan warna tersedia untuk Santa Fe 2024.

Ia merangkumi warna seperti Phantom Black, Serenity White Pearl, Curated Silver Metallic, Ecotronic Gray Pearl, Ecotronic Gray Matte, Ultimate Red Metallic, Earthy Brass Metallic Matte, Atlantis Blue Pearl, Hampton Gray, Terracotta Orange, dan Rockwood Green Pearl.

Untuk ruang kabin, terdapat lima pilihan warna termasuklah Obsidian Black, Supersonic Gray, Pecan Brown, Forest Green, dan Black Ink.

 

Hyundai Santa Fe XRT Concept

se


Serentak dengan pelancaran Santa Fe 2024 standard, Hyundai turut membawakan model konsep Santa Fe XRT Concept yang direka khas untuk para peminat aktiviti outdoor.

Ia membawakan trim Calligraphy sebagai permulaan, diikuti dengan penambahan aksesori seperti rak bumbung, tayar simpanan, tangga belakang, kotak storan luaran, rim serta tayar yang lebih agresif untuk kegunaan off-road.

 

Kenapa lampu belakang Santa Fe sangat rendah?

fe


Menurut pereka Santa Fe, SangYup Lee menjelaskan, posisi lampu belakang tersebut sengaja direka rendah bertujuan untuk menjadikan bukaan pintu tailgate selebar yang mungkin.

Disebabkan itu, pihak pereka Hyundai membuat keputusan untuk merendahkan lagi unit lampu belakang bagi membolehkan topang pintu diletakkan pada kedudukan yang sebaiknya.

Jawapan penuh boleh dibaca di laman Jalopnik.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Berbanding Santa Fe yang terdahulu, Santa Fe generasi terkini menampilkan perubahan rekaan yang…