Model-model seperti Elantra, Santa Fe, Grand Starex, Sonata dan juga Kona boleh didapati di Sime Darby Auto Hyundai, Ara Damansara bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, malah pelanggan juga turut dibenarkan untuk memandu uji unit yang dinyatakan.
Kenderaan pra-milik Hyundai yang dijual menerusi Hyundai Promise didatangkan dengan jaminan alat ganti dan komponen original, di mana pemeriksaan yang ketat dibuat oleh juruteknik bertauliah untuk memastikan setiap unit berada dalam keadaan baik.
Pembeli juga tidak perlu risau kerana setiap kenderaan yang dijual bebas kemalangan dan datang dengan lanjutan jaminan antara dua hingga lima tahun bergantung kepada usia kereta dan jarak perbatuan yang dicatatkan.
Bagi mereka yang mencari kereta baharu Hyundai, HSDM turut menawarkan pakej promosi menarik serta pembiayaan mudah seperti:
- pembiayaan serendah RM958/bulan
- jaminan lima tahun atau 300,000 km serta pakej servis percuma tiga tahun/50,000 km
- pakej promosi tambahan bernilai RM7,900 untuk kakitangan kerajaan
- hadiah istimewa untuk setiap pandu uji kereta Hyundai dan hadiah tambahan untuk setiap tempahan kereta baharu
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.hyundai.com.my atau laman Facebook Hyundai Malaysia.