Hyundai Tucson 2024 - tiga varian, kuasa sehingga 180 PS, 265 Nm, dari RM158,888

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akhirnya secara rasmi melancarkan SUV segmen C generasi baharu Hyundai Tucson 2024 untuk pasaran tempatan.

Ditawarkan dalam unit import sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan, Hyundai Tucson datang dalam tiga varian dengan dua pilihan enjin.
 

tr


Versi asas 2.0 Lite dilengkapi dengan enjin Smartstream 2.0 liter aspirasi natural (NA) yang mampu  menjana kuasa 156 PS dan 192 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Sementara dua varian tertinggi (1.6T Plus & 1.6T Max) mendapat nadi Smartstream 1.6 liter turbo dengan hamburan kuasa 180 PS dan 265 Nm, serta kotak gear klac berkembar (DCT) tujuh nisbah kelajuan.
 

tusco


Secara standard, Hyundai Tucson dilengkapi dengan tujuh beg udara, brek parkir elektronik dengan fungsi auto hold, amaran pelanggaran titik buta dan amaran keluar selamat.

Varian tertinggi 1.6T Max pula mendapat tambahan ciri seperti tempat duduk hadapan larasan lapan tahap, fungsi pemanasan dan pengudaraan, skrin digital 10.25 inci, pintu tailgate berkuasa, penyeka kaca automatik, slot pengecasan peranti tanpa wayar, serta kelengkapan keselamatan penuh Hyundai SmartSense.
 

tc


Untuk pasaran Malaysia, Hyundai Tucson 2024 dijual pada harga bermula dari RM158,888 untuk varian 2.0 Lite, RM178,888 untuk varian 1.6T Plus, dan RM195,888 untuk varian tertinggi 1.6T Max.

100 pelanggan pertama yang berjaya menempah sebelum 31 Disember 2023 akan mendapat pakej lanjutan jaminan (lima tahun/300,000 km), serta pakej servis percuma (tiga tahun/50,000 km) bernilai RM10,000 secara percuma.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Pengedar rasmi bagi jenama kelahiran Korea Selatan itu, Dinamikjaya Motors baru baru ini telah…
Pelancaran
Hadir sebagai pencabar baharu dalam SUV segmen C, Haval H6 HEV tampil dengan gabungan teknologi…
Telah Diuji
Pandu uji bersama Haval H6 HEV kali ini membawakan perjalanan sejauh 400 km sehala atau 800 km dua…