IAA Mobility 2023: Pameran kereta konsep yang mendedahkan visi Mercedes-Benz

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Semenjak awal kewujudan kereta, Mercedes-Benz sentiasa menjadi peritis kepada jenama-jenama lain dalam menghasilkan inovasi dalam segmen tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemuncak pameran IAA Mobility tahun ini bakal menampilkan visi MercedesBenz Entry Segment yang akan dipamerkan di Pavilion Mercedes-Benz di Apothekenhof Munich Residence.

Apothekenhof berkonsepkan ruang terbuka di mana pengunjung berpeluang untuk menikmati pengalaman melihat rangkaian kenderaan elektrik (EV) jenama Mercedes-Benz yang terkini dan akan datang, termasuk Mercedes-AMG, G-Class, Mercedes-Maybach and MercedesBenz Vans.

 

2

 

Ia menggariskan matlamat syarikat untuk membina kereta yang paling diingini di dunia, meliputi barisan spektrum daripada model kompak, saloon prestasi kepada SUV mewah dan MPV.

Antara yang bakal meraikan tayangan perdana dunianya, ialah E-Class All-Terrain yang melengkapkan keluarga baharu E-Class.

Seperti model-model lain, Mercedes-Benz versi off-road itu juga akan menerima rangkaian kuasa elektrik dan juga akan tersedia sebagai hibrid plug-in.

 

3
Vision One-Eleven

 

Selain itu, pengunjung akan berpeluang melihat dua kenderaan yang mewakili visi syarikat untuk masa depan serba elektrik: Program teknologi VISION EQXX dan Vision One-Eleven.

VISION EQXX bermaksud kecekapan masa depan , manakala kereta super sport Vision One-Eleven mewakili masa depan prestasi.

Konsep "Ruang Terbuka" IAA Mobility direka untuk menawarkan peminat automotif ke Munich sebagai platform untuk bertemu dan bercakap tentang mobiliti semasa dan masa depan.

Untuk tujuan itu, Mercedes-Benz telah merancang pelbagai acara menarik di Mercedes-Benz Pavilion
sepanjang pameran dari 5-10 September.

 

4
VISION EQXX

 

'IAA Experience' turut  menawarkan orang ramai peluang untuk mengalami mobiliti masa depan secara langsung, di mana pengunjung berpeluang menaiki 30 model elektrik yang tersedia.

Pasti menjadi salah satu daripada tarikan yang paling popular dalam 'IAA Experience' ialah VISION EQXX.

Orang ramai berpeluang untuk merasai pengalaman pertama bersama inovasi terkini Mercedes-Benz, yang menampilkan teknologi masa depan bersama jarak gerak menakjubkan sehingga 1,200 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Eropah, smart #3 boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal, dengan kuasa 268…