smart #3 2024 muncul di Eropah, jarak gerak sehingga 455 km

oleh Mohamad Hanif|
smart bakal melancarkan sebuah lagi model crossover elektrik terbaharu menjelang acara IAA Mobility yang bakal berlangsung di Munich pada bulan ini.

Untuk pasaran Eropah, smart #3 boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal, dengan kuasa 268 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat.

Versi talaan Brabus pula didatangkan dengan motor elektrik berkembar berkuasa 422 hp, kit badan yang lebih sporti, serta pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat.
 

smart


Pek bateri berkapasiti 66 kWh pula membenarkan jarak gerak sehingga 455 km untuk sekali cas penuh (data WLTP), sementara versi motor berkembar mampu bergerak sejauh 435 km.

smart #3 juga turut menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150 kW, di mana pengecasan 10-80 peratus boleh diselesaikan dalam masa 30 minit.

Terdapat smart #3 edisi khas yang akan dilancarkan di IAA Mobility sempena ulang tahun yang ke-25 syarikat tersebut.
 

smart


Dibina berdasarkan model Brabus, smart #3 25th Anniversary Edition didatangkan dengan ciri seperti bumbung panorama, unit lampu LED yang dinaiktaraf, kemasan warna dua tona, serta tempat duduk balutan kulit dua tona.

Untuk ruang kabin, smart #3 menawarkan ciri premium termasuklah sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara, skrin paparan head-up 10 inci, skrin kluster digital 9.2 inci serta skrin sentuh di bahagian tengah bersaiz 12.8 inci.

Difahamkan, smart #3 akan mula dijual di pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini, di mana penghantaran pertama akan dibuat pada awal tahun 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di pameran ini, smart akan berkongsi maklumat yang mendalam dan demonstrasi langsung mengenai ciri-…
Model Terbaharu
Untuk pasaran Malaysia, smart Malaysia tawarkan tiga pilihan varian, iaitu Pro, Premium dan varian…
Model Terbaharu
smart #3 telah mendapat penghargaan antarabangsa dengan memenangi kedua-dua Anugerah Reka Bentuk iF…