Lori tangki LPG terbakar, pemandu melecur tahap dua

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki melecur selepas lori tangki gas petroleum cecair (LPG) yang dipandunya terbakar di sebuah kilang di Perai, di Butterworth, petang semalam.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.30 petang berhubung insiden itu.

 

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Bandar Perda, Sungai Bakap serta Bayan Bayu.

 

"Kebakaran membabitkan sebuah lori lima tan yang membawa muatan tangki LPG di kawasan terbuka di tempat mengisi gas.

 

"Terdapat seorang mangsa berusia 50 tahun melecur tahap dua dan dia diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

 

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja pemindahan gas ke tangki lori dan puncanya masih dalam siasatan.

 

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.50 petang sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.42 petang.

 

"Operasi tamat pada jam 5.07 petang," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lori tangki menghala ke arah…
Berita Global
  Menurut bomba Phoenix, enam daripada sembilan yang cedera itu dibawa ke hospital dalam keadaan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian itu turut…