Ibu tinggal anak dalam kereta sehingga maut didakwa

oleh Penyumbang Rencana|
Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang maut setelah ditinggalkan lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara, 9 November lalu akan didakwa pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk kes ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada jam 9 pagi Jumaat," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

9 November lalu, mangsa berumur dua tahun itu maut setelah ditinggalkan ibunya lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara dekat Petaling Jaya.

Siasatan dijalankan mendapati kira-kira jam 7 pagi, suspek turut membawa dua anaknya bersama mangsa untuk dihantar ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika untuk menghantar mangsa.

Bagaimanapun ketika suspek tiba di tadika, dia kemudiannya berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa untuk menurunkan mangsa.

Suspek kemudiannya terus bergerak pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa berada dalam kenderaan yang dipandunya itu.

Suspek hanya menyedari mangsa berada dalam kereta kira-kira jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sejarah hidup tidak pernah lupa, tapi kali ini menjadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta…
Informasi
“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh larang hanya sebab ada satu masalah timbul maka terus…
Berita Domestik
"Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi. Punca kematian belum…