Imej sebenar Subaru WRX TR 2024 tertiris di Australia, hadir dengan spoiler besar!

oleh Mohamad Hanif|
Subaru sebelum ini dilapor bakal hadir dengan sebuah lagi varian WRX edisi khas menjelang penganjuran acara Subiefest pada 7 Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan imej yang tertiris daripada kertas kerja yang diperoleh laman Drive, WRX TR (singkatan kepada Tuner Ready) itu bakal membawakan ciri spoiler belakang ala STI yang unik untuk model tersebut.
 

TR


Untuk makluman, Subaru WRX generasi baharu yang dilancarkan sebelum ini (termasuklah WRX S4 di Jepun) tidak dilengkapi dengan ciri spoiler belakang.

Difahamkan, enjin boxer asal 2.4 liter turbo (271 hp, 350 Nm) itu akan dikekalkan tanpa sebarang talaan atau penambahan kuasa, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda.
 

TR


Subaru sebelum ini mendedahkan sekeping gambar acah yang memperlihatkan rekaan rim WRX TR, lengkap dengan angkup brek Brembo berwarna merah yang nampaknya jauh lebih besar berbanding model standard.

Subaru USA turut mengesahkan WRX TR ini akan dilengkapi dengan tempat duduk sports Recaro.
 

TR


Subaru sebelum ini pernah menawarkan model asal WRX TR di pasaran Amerika pada tahun 2006.

Dengan membuang beberapa ciri mewah dan harga yang lebih rendah, kehadiran WRX TR bertujuan untuk menarik golongan pembeli yang mahu menaiktaraf jentera mereka dengan barangan aftermarket.

Sumber: Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, Subaru tetap menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa untuk peminat WRX dengan…