Subaru dedah teaser WRX TR 2024 - muncul di Subiefest 7 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu berita sedih buat para peminat Subaru ialah ketiadaan varian berprestasi tinggi Subaru WRX STI yang akan muncul berdasarkan generasi WRX terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, Subaru tetap menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa untuk peminat WRX dengan kehadiran sebuah model baharu menjelang acara Subiefest 7 Oktober ini, iaitu Subaru WRX TR 2024.

Berdasarkan sekeping gambar acah yang dibekalkan, Subaru WRX TR bakal membawakan rupa paras yang lebih agresif berdasarkan rekaan rim yang tertera, diikuti dengan tetapan sistem brek daripada Brembo.

Berkemungkinan besar varian baharu WRX TR ini diperkenalkan untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan antara varian WRX sedia ada dengan WRX STI yang tidak akan direalisasikan.
 

WRX


Di pasaran Amerika Syarikat, Subaru WRX ditawarkan dalam empat pilihan varian iaitu WRX, Premium, Limited dan GT di mana varian tertinggi mendapat tetapan peredam kawalan elektronik berserta pilihan mod pemanduan Comfort, Normal, dan Sport.

Generasi kedua Subaru WRX mula diperkenalkan pada tahun 2021 dengan menggunakan Subaru Global Platform, dan dibekalkan dengan nadi boxer 2.4 liter (kod FA24F) yang mampu menjana kuasa 271 hp dan 350 Nm.

Subaru WRX TR 2024 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober ini oleh Travis Pastrana dan Bucky Lasek di Subiefest Florida.

Baca: Subaru WRX 2022 - generasi baharu dengan nadi 2.4 liter turbo

Baca: Sains di sebalik plastik fender flare yang tidak bercat pada Subaru WRX

Baca: Subaru WRX Sportswagon 2022 lancar di Australia

Baca: Subaru WRX S4 2022 rasmi di Jepun

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…