Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang tertinggi di dunia.
Antara punca kematian ialah kerana mangsa yang cedera tidak mendapat rawatan segera.
Kementerian Pengangkutan Jalan Raya dan Lebuh Raya (MoRTH) India memperkenalkan program rintis di mana mangsa kemalangan jalan raya akan ditawarkan kemudahan perubatan percuma untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Menurut perancangan itu, setiap mangsa kemalangan akan menerima rawatan dengan had 150,000 Rupee setiap seorang dan ditawarkan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.
Kenyataan rasmi dari MoRTH menyatakan semua mangsa dari apa jenis kemalangan jalan raya akan dilindungi oleh skim ini, tanpa mengira jenis kecederaan oleh apa jenis kenderaan di atas apa jenis jalan raya.
Hospital-hospital yang merawat pesakit-pesakit ini boleh menuntut kos rawatan itu dari Tabung Kemalangan Kenderaan.
Laporan penuh di HT Auto