Indian Challenger - juara King of the Baggers bakal tiba di Malaysia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jarang ada jenama cruiser yang mampu menyaingi kekuatan Harley-Davidson.

Biarpun jenama-jenama Jepun mempunyai peminatnya sendiri di dalam pasaran genre itu, jumlahnya terlalu sedikit berbanding dengan pemilik dan peminat Harley-Davidson.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Ia umpama trak pikap Hilux - biar apa pun jenis trak itu, ia tetap dipanggil, Hailak.

Lazimnya, bila sebuah produk itu menjadi terlalu kuat dan tidak ada pesaing, pihak syarikat jarang mahu mengubahnya, dan semakin lama produk itu semakin "kosong" tetapi harganya pula semakin meningkat.

Fenomena ini kita boleh lihat sendiri dengan Hilux, di mana akhirnya Toyota meningkatkan prestasi, kelengkapan dan sistem gantungan kerana pesaing-pesaingnya sudah mula menggugat jualan pikap nombor satu dunia itu.

Bagi Harley-Davidson, ia masih ditakuk lama dan masih bergantung harapan kepada rekabentuk dan kekuatan jenamanya. Boleh dikatakan memang ia tidak mempunyai pesaing langsung!

Namun begitu, dunia cruiser kini mempunyai harapan untuk satu alternatif bagi model popular Harley-Davidson, Road Glide.

 

 

Indian Motorcycle telah melancarkan "serangan" baharu mereka pada penghujung tahun lalu dalam bentuk Challenger.

Sekali imbas dan kita sudah tahu bahawa Indian Challenger ini memang dihasilkan untuk bertanding dengan Road Glide, terutama dari segi rekabentuk.

Bagi model Challenger 2021, spesifikasinya ditambah lagi agar ia bukan setakat menawarkan rekabentuk dan stailing yang menarik, tetapi enjin dan peralatan lebih moden.

 

 

 

Challenger juga adalah juara perlumbaan King of the Baggers (KOTB) dalam perlumbaan pertama siri itu tahun lepas.  KOTB ialah satu perlumbaan unik di mana motosikal-motosikal "baggers" (cruiser dengan panniers) berlumba di atas trek dan kemenangan Indian memberikan satu tamparan hebat kepada Harley-Davidson Screaming Eagle. 

Lebih menarik untuk peminat baggers di Malaysia, jenama ini akan dibawa masuk oleh sebuah syarikat baharu, menggantikan pengimport dan pengedar lama.

 

 

Di bawah ialah informasi yang anda perlu tahu mengenai Indian Challenger 2021.

  • Enjin: PowerPlus V-twin, sejukan cecair, 1,768cc
  • Kuasa maksimum: 122 hp
  • Tork maksimum: 173.6 Nm @ 3,800 RPM
  • Transmisi: 6 kelajuan, belt drive
  • Brek: Brembo dengan ABS
  • Saiz tangki: 22.7 liter
  • Tinggi pelana: 672 mm (posisi paling rendah)
  • Alatan keselamatan:
    • Teknologi penstabil Smart Lean oleh Bosch IMU 6-axis
    • Dynamic Traction Control
    • Lampu Adaptive LED untuk hadapan dengan teknologi Pathfinder (suluhan berubah mengikut condong mengambil selekoh dan sebagainya)
  • Kelengkapan lain:
    • Apple CarPlay
    • Speaker-speaker 6.5 inci dengan 100 watt
    • Sistem keyless

 

 

Kami jangka harga untuk Challenger ini akan berada dalam lingkungan harga yang sama dengan Road Glide tetapi jika lebih tinggi pun, kelengkapan yang wujud pada model ini memang mengagumkan, membuktikan motosikal gaya retro tidak perlu menggunakan teknologi dan sistem brek era 80-an.

Yang pasti, jika anda mahukan kelainan, tunggu sahaja kemunculan Challenger tahun ini!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…
Berita Global
Ini kerana Dodge dilaporkan akan menghentikan penawaran model-model berenjin Hellcat kelak, serta…
Berita Global
Dodge Challenger yang kita ketahui masa kini merupakan sebuah muscle car dengan variasi enjin yang…