Dodge akhiri produksi kereta muscle Challenger

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari selepas produksi Chevrolet Camaro ditamatkan, tiba giliran Dodge untuk memasang unit terakhir model Challenger pada 22 Disember yang lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari tahun 2008 lagi.
 

Challenger


Biarpun Dodge Challenger boleh disifatkan sebagai sebuah model yang agak tua, angka jualannya berjaya mengatasi model-model pesaing seperti Chevrolet Camaro dan Ford Mustang untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, untuk tempoh tiga suku pertama tahun 2023 Dodge telah berjaya menjual 35,350 unit Challenger, sedikit tinggi berbanding angka jualan Mustang (35,315 unit) dan Camaro (24,688 unit).
 

challgner


Unit terakhir Challenger merupakan sebuah model SRT Demon 170 yang dilayangkan warna Pitch Black.

Nadi bentangan V8 6.2 liter dengan bantuan induksi paksaan supercharger itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,025 hp dan 1,281 Nm, atau 900 hp dan 1,098 Nm apabila menggunakan bahan api E10.
 

charger


Berdasarkan laporan terdahulu, model Charger sedan dan Challenger akan digantikan sepenuhnya oleh model muscle car Charger Daytona berkuasa elektrik dengan kuasa bermula dari 400 hp untuk model asas, hingga 880 hp untuk versi paling tertinggi.

Terdapat juga ura-ura kehadiran varian Charger yang masih dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman, namun tanpa penggunaan jenama Daytona.

Sumber: American Cars And Racing

Berita Berkenaan

Berita Global
Jelas sekali, apabila banyak keluaran model yang dielektrikan, ia seperti membina sebuah kereta…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Global
Terbaharu, sekumpulan pencuri berjaya memecah masuk sebuah pusat pengedar Dodge di Somerset,…