Ingkar SOP COVID-19: Enam penghantar makanan dikompaun RM1,500 seorang

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Akibat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19 dengan tidak memakai pelitup muka serta berkumpul, enam penghantar makanan bermotosikal masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 dalam satu operasi bersasar di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata enam lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu dikenakan kompaun tersebut mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


"Operasi bersama Pejabat Kesihatan Daerah Lahad Datu ini dijalankan di tiga lokasi di kawasan hadapan Darvel Bay, Bandar Sri Perdana serta Fajar.

 

"Operasi ini menyasarkan kepada penghantar makanan di sini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kompaun ini dikeluarkan selepas beberapa kali diberi nasihat namun masih ingkar," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

 

Rohan Shah berkata polis dan pejabat kesihatan memandang serius tahap pematuhan SOP penduduk daerah Lahad Datu dalam memastikan penularan COVID-19 dapat ditangani.

 

"Negara kini berhadapan dengan varian baharu COVID-19 yang kesannya lebih agresif dan kita tidak mahu pelaksanaan SOP di Lahad Datu ini dipandang enteng, diambil mudah," katanya.

 

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “MPV itu dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi…
Informasi
  Katanya, rata-rata pelanggan juga memberikan reaksi positif terhadap inovasi perkhidmatan yang…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dasar itu antara lain memuatkan perincian mengenai caruman Pertubuhan…