LANGGAR LARI SEMENYIH : 5 PENGHANTAR MAKANAN DIDAKWA ATAS PERTUDUHAN MEMBUNUH

oleh Firdaus Razani|
Berikutan kematian seorang lelaki yang keretanya terbabas dan melanggar pagar di Semenyih minggu lalu, lima penghantar makanan telah didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas pertuduhan membunuh.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 25 April untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pada 9.54 malam, 20 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Hafiz.

Sementara itu, abang mangsa Shah Rizad Samad, 43, ketika ditemui pemberita berharap agar hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh selain berharap keadilan dapat diberikan.

"Kami tak harap banyak cuma apa yang terjadi dapat diselesaikan dengan segera. Moga hukuman yang setimpal diberi kepada Inereka (tertuduh), kata Shah Rizad yang hadir pada prosiding hari ini bersama adiknya, Shazuan, 27.

 

langgar lari

 

Pada 21 Feb lalu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga telah terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

Selepas itu, mangsa ditarik oleh sekumpulan lelaki dan dipukul selain turut diikat dan dibiarkan terbaring di atas jalan raya berhampiran keretanya.

 

SUMBER : Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kejadian bermula kira-kira jam 1 petang ketika kereta dipandu lelaki berusia 24 itu…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Hanya dalam tempoh 10 minit, insiden tersebut melibatkan sebuah van awam, sebuah bas francais dan…