Ini bukan Nissan GT-R, tapi....

oleh Mohamad Hanif|
Sekilas pandang, anda mungkin akan menyangka ini adalah sebuah Nissan GT-R yang sebenar, walaupun dengan pelekat "FAKE" besar yang terdapat di bahagian sisi kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sekali hud enjin dibuka, terpampang nadi enam silinder sebaris RB26 yang biasanya wujud pada GT-R terdahulu (R32, R33, R34), dan bukannya nadi bentangan V6 VR38.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chad (@chadbeephotography)


Pening bukan?

Usah pening kerana "Nissan GT-R" ini sebenarnya bukanlah barang ori, akan tetapi ia sebenarnya merupakan sebuah Nissan Cefiro A31 yang dipasangkan dengan panel badan replika R35.

Beberapa komponen seperti lampu utama, lip depan, hud, pintu, dan lampu belakang merupakan komponen ori GT-R R35, namun panel badan 'GT-R' ini sebenarnya diperbuat kustom daripada gentian karbon oleh syarikat Karn Fiber.
 

GT-R


Disebabkan ia menggunakan asas daripada Cefiro pacuan roda belakang yang menjadi kegemaran filem Impak Maksima, "GT-R palsu" ini tidak mempunyai sistem pacuan semua roda seperti GT-R asli kilang.

Namun, disebabkan ia berkonfigurasi RWD, ia mempunyai keupayaan untuk pemanduan drift yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan R35.

Lebih penting lagi, kos 'pembedahan plastik' "Nissan GT-R" ini hanyalah sekitar $50,000 (RM212,400) sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam…
Informasi
Beliau menegaskan, tiada jalan singkat untuk memperoleh lesen memandu kecuali mengikut saluran…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, suspek berusia 23…