Ini pandang pertama ibu pejabat Tesla di Cyberjaya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berikutan kehadiran Tesla di Malaysia, EV jenama US itu sebelum ini telah mengesahkan bahawa pusat pengoperasian mereka di Malaysia akan terletak di ibu pejabat, di Cyberjaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut perkembangan terbaharu dari rakan media iaitu soyacincau, Tesla telah memasang papan tanda besar di ibu pejabat baharunya di Cyberjaya, di mana ia secara langsung mendedahkan lokasi sebenar pejabat itu.

Dalam pertemuan secara maya antara Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk pada Julai lepas, pemilihan lokasi ibu pejabat itu telah disahkan sendiri oleh Elon Musk.

 

2

 

Secara tepatnya, ibu pejabat Tesla itu terletak di sekitar Global Solution Center, Persiaran APEC Cyberjaya, yang berada betul-betul di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.

Jika dilihat dari gambar yang dikongsikan, kemajuan kerja di bahagian dalam kelihatan masih banyak perlu dilakukan, sekaligus menyangkal jangkaan pembukaannya sekitar bulan Oktober atau awal November seperti yang dikatakan PMX sebelum ini.

 

3

 

PMX juga menyatakan bahawa beliau telah dijemput bagi merasmikan pembukaan ibu pejabat tersebut, di mana di turut meminta supaya Elon Musk turut bersama merasmikannya.

 

Sumber: soyacincau

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…