Menurut agensi media CNN, ada beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan mendadak yang kali terakhir di lihat dalam tahun 1976.
Peningkatan kos baik-pulih kenderaan
Kos baik-pulih kenderaan naik sebanyak 6.7 peratus dalam tempoh yang sama.
Kadar peningkatan itu masih perlahan berbanding dengan tahun sebelumnya tetapi ia masih satu penambahan kos yang mahal berbanding dengan zaman sebelum Covid.
Antara punca ialah kenaikan harga alat ganti dan kadar upah mekanik.
Kemalangan kenderaan yang semakin meningkat dan semakin teruk
Kadar kemalangan maut di US naik lebih kurang 7,000 dalam tahun 2022 kepada 42,795, berbanding dengan tahun sebelum pandemik.
Ia menyebabkan peningkatan tuntutan insurans yang jauh lebih tinggi dari purata biasa kerana tahap kemalangan yang lebih serius.
Selain dari kos pembaikan, kos guaman juga menambahkan lagi jumlah tuntutan kepada syarikat insurans.
Tidak semua negeri di US alami peningkatan insurans kenderaan
Ini ialah kerana syarikat insurans mengambil kira jumlah kes berdasarkan negeri, bukan negara.
Nevada contohnya mengalami peningkatan tertinggi, 38 peratus lebih mahal dari tahun sebelumnya.
Carolina Utara pula melihat peningkatan paling minimum, 5.5 peratus dalam julat masa yang sama.
Laporan CNN itu membuat kesimpulan bahawa peningkatan kadar insurans kenderaan dijangka "sederhana" tetapi ia tidak bermaksud kadar itu akan berhenti dari meningkat.
Seringkali apa yang berlaku di negara-negara maju akan mula menular di dunia lain sekiranya tidak ada perubahan untuk memastikan risiko itu dikurangkan.
Malaysia mungkin bernasib baik kerana kadar insurans kenderaan dikawal oleh Bank Negara dan syarikat insurans tidak dibenarkan menaikan premium sesuka hati.
Cuma yang pasti, di Malaysia sekarang ini, seorang pemandu yang mengambil sikap untuk berdisiplin di jalan raya dan tidak pernah disaman akan tetap membayar jumlah premium insurans yang sama dengan pemandu merbahaya serta mempunyai saman yang banyak.
SUMBER : CNN Bussiness