Isu gambar e-LMM berlainan: Tiada unsur penyalahgunaan sistem, kecurian identiti - JPJ

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan, tiada unsur penyalahgunaan sistem atau kecurian identiti dalam isu paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar.

JPJ dalam kenyataannya, memaklumkan perkara itu berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja penyelenggaraan yang dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

"Pihak JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik e-LMM yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar.

"Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta," menurut kenyataan itu.

JPJ memberi jaminan bahawa tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu sebaliknya segala maklumat adalah terpelihara dan selamat.

"JPJ akan sentiasa menambah baik sistem dari semasa ke semasa bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat," menurutnya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, semakan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung…
Berita Domestik
Mirza berkata beberapa laporan media telah salah memetik kenyataan menteri pengangkutan Loke Siew…
Berita Domestik
"Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu…