Lebih 2.97 juta pengguna muat turun aplikasi MyJPJ

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lebih 2.97 juta pengguna telah memuat turun aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu MyJPJ setakat ini sejak dilancarkan pada Februari lalu.


Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh JPJ untuk menyemak secara serentak salinan lesen memandu dan cukai jalan digital setakat ini berjalan dengan lancar.

Menurutnya, menerusi inisiatif pendigitalan berkenaan, pihaknya turut menggunakan alat Smart Management Enforcement Device’ (SMED) untuk mengesan maklumat lengkap pemandu.

“Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SmED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital.

“Justeru saya menyeru kepada seluruh masyarakat untuk memuat naik aplikasi MyJPJ  bagi memudahkan urusan,”katanya pada sidang akhbar pada Majlis berbuka Puasa JPJ Negeri Kelantan di Panji pada Sabtu.

Dalam pada itu, Zailani berkata, JPJ membekukan cuti anggotanya untuk menjalankan tugas pemantauan sempena Aidilfitri.

Katanya, penguatkuasaan bagi Ops Raya akan bermula sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan bagi mengelak berlaku banyak kemalangan.

“Pengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan yang mana kita jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C.

“Jadi saya menyeru pengguna untuk tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Itu antara kelebihan yang ada pada mana-mana model kereta elektrik masa kini (tertakluk kepada…
Berita Global
Program langganan yang digelar sebagai Acceleration Increase itu sudah pun boleh didapati di laman…