Motor Image Group (MIG), pengimport, pemasang dan pengedar produk Subaru untuk sembilan negara di Asia termasuk Malaysia bagaimanapun berkata tidak ada satu pun dari produk yang dijual melalui mereka terbabit dengan masalah tersebut.
Namun begitu, MIG mengakui sebanyak 120 unit Subaru yang diimport dari Jepun khusus untuk Hong Kong, Taiwan dan Singapura terbabit di dalam panggil semula itu tetapi tidak ada satu pun yang sempat diserahkan kepada pelanggan.
Motor Image berkata tempahan untuk Forester baharu yang bakal dilancarkan akan diteruskan walaupun pelanggan terpaksa menunggu lebih lama kerana masalah ini.