Peraduan ini memberi ruang kepada Isuzu Malaysia untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan teguh daripada para pelanggan setia mereka.
Peraduan ini yang bertemakan ‘Trak Isuzu Prihatin Malaysia’, menjemput para pelanggan kenderaan komersial Isuzu untuk berkongsikan gambar-gambar yang memaparkan bagaimana trak mereka telah berkhidmat secara harian untuk Malaysia sewaktu negara dilanda krisis dan perubahan besar akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui pautan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Trak Isuzu Malaysia, para pelanggan diberi peluang untuk berkongsikan saat-saat istimewa dan muat turun foto pilihan, disertakan dengan keterangan pendek tidak melebihi 30 patah perkataan mengenai pengalaman mereka sebagai pengguna trak Isuzu.
Penyertaan terbaik kemudiannya dipilih melalui proses undian yang dijalankan melalui laman Facebook Trak Isuzu Malaysia, di mana pengikut laman tersebut boleh mengundi untuk foto yang paling diminati.
Pemenang Hadiah Utama, Nur Othman bin Suratman, dari Sabah, memenangi Kad Hadiah Petronas bernilai RM1,000, sebuah Trak Miniatur Ulang Tahun Ke-60 Isuzu ELF, serta pek hadiah istimewa.
Tempat kedua dimenangi Wei Ling Foo, dari Terengganu, yang membawa pulang Kad Hadiah Petronas bernilai RM500, sebuah Trak Miniatur Ulang Tahun Ke-60 Isuzu ELF, serta pek hadiah istimewa. Tempat ketiga jatuh kepada Mohd Zulkhairi bin Abdullah, dari Sabah, yang memenangi Kad Hadiah Petronas bernilai RM200, sebuah Trak Miniatur Ulang Tahun Ke-60 Isuzu ELF, dan pek hadiah istimewa.
Selain itu, setiap peserta peraduan ini menerima hadiah saguhati dalam bentuk emblem Ulang Tahun Ke-60 Isuzu ELF sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka.