Isuzu Malaysia rekod peningkatan jualan 143% untuk tempoh 1H 2021

oleh Mohamad Hanif|
Minat yang semakin berkembang terhadap trak pikap, antara lain disebabkan oleh Isuzu D-Max serba baru, telah menyumbang kepada rekod jualan baru Isuzu Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan 4,237 unit didaftarkan sejak Januari hingga Jun tahun ini, syarikat menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 143% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2021.

Lebih penting, angka jualan bagi tempoh separuh pertama tahun ini sudah setanding dengan pencapaian tahun 2021 iaitu 4,601 unit. Ini telah melonjakkan jenama berkenaan ke kedudukan ketiga dalam segmen trak pikap.

Gergasi trak dari Jepun ini mencetus fenomena global dengan Isuzu D-Max serba baru yang telah memberi takrifan segar terhadap penampilan trak pikap, prestasi serta rasa melalui model generasi ketiga diperkenalkan.

Dari versi Single Cab untuk tugasan lasak hinggalah kepada varian X-Terrain yang canggih dan lengkap dengan pelbagai ciri maju, Isuzu berjaya menyuntik pelbagai kemampuan ke dalam trak berkenaan, disamping tetap memberi perhatian kepada keselesaan, keselamatan dan keseronokan pemanduan.
 

Dmax


“Sejak pengenalan Isuzu D-Max serba baru, kami melihat pertambahan minat dalam penggunaan trak pikap, terutamanya daripada pembeli kali pertama dan mereka yang menaik taraf kenderaan yang sangat terpesona dengan cara bagaimana D-Max mengadunkan keseimbangan antara trak pikap yang gagah dengan keselesaan dan kecanggihan kereta sedan keluarga,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Dengan prestasi enjin yang begitu anjal, penggunaan minyak yang sangat cekap, kepelbagaian penggunaan serta kadar cukai jalan yang terendah dalam kelasnya untuk pasaran Malaysia, varian 1.9 liter Blue Power terbukti menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pembeli di Malaysia, menyumbang hampir 80% daripada jumlah keseluruhan jualan.

Varian flagship X-Terrain juga semakin mendapat sambutan, menyumbang 10% daripada jumlah keseluruhan jualan. Ini merupakan pencapaian membanggakan bagi Isuzu memandangkan syarikat tidak pernah menikmati penerimaan yang kukuh seperti itu dalam segmen kenderaan gaya hidup sebelum ini, dengan tumpuan hanya diberikan sepenuhnya terhadap penawaran jentera kerja yang boleh diharap semata-mata.

Bagaimanapun, dengan X-Terrain, Isuzu memasuki segmen berkenaan dengan penuh keyakinan, menawarkan model tersebut dengan ciri keselamatan tercanggih, keselesaan premium, kehalusan dan gaya, menjadikannya sebuah kenderaan yang sangat diinginkan oleh pelanggan.

“X-Terrain menerima sambutan hangat dalam kalangan pengguna urban. Ramai yang menjadikan model terbabit sebagai kenderaan aktiviti gaya hidup mereka, dengan adanya keseimbangan yang sangat baik antara ruang, kebolehan, keselesaan dan keselamatan. Dengan kemaskini terbaru yang diberikan, termasuklah warna baru, lampu aluan, plat pelindung, pengecas Qi tanpa wayar serta peninjau sekeliling, ia menjadi sebuah kenderaan yang lebih lengkap dan membolehkan pemiliknya melakukan lebih banyak perkara dengannya,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…
Telah Diuji
Salah satu daripada model yang tersedia ialah Isuzu D-Max, dan sejak Isuzu Malaysia memperkenalkan…
Pelancaran
Untuk varian andalan X-Terrain dan Premium, ia kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica…