Perkara itu diumumkan oleh menteri industri Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita semasa bertemu dengan eksekutif Isuzu di Tokyo, Selasa lalu.
"Kami menghargai keputusan Isuzu, kami akan menawarkan insentif dan menyokong proses pemindahan tersebut," ujar menteri dalam satu kenyataan.

Setakat ini, Isuzu Thailand tidak memberikan sebarang maklum balas.
Di Indonesia, Isuzu sudah pun mempunyai sebuah kilang yang terletak di Karawang.
Selain Isuzu, terdapat beberapa jenama automotif Jepun yang sudah mempunyai kilang pemasangan kenderaan seperti Honda, Mitsubishi dan Suzuki.
Indonesia juga kini sedang merancang untuk menjadi pusat produksi bateri kenderaan elektrik dengan memanfaatkan sumber bahan mentah yang tersedia.

Isuzu mula memasuki pasaran Indonesia pada tahun 1966 dan mempunyai dua fasiliti pemasangan, satu di Samrong, Samut Prakan dan sebuah lagi di Gateway, Wilayah Chachoengsao.
Kedua-dua kilang tersebut mempunyai kapasiti produksi keseluruhan berjumlah 385,000 unit kenderaan per tahun, dan menggaji kira-kira 6,000 orang pekerja.
Tahun lepas, Isuzu telah berjaya menjual sebanyak 390,000 unit trak pikap D-Max, dengan penguasaan pasaran sebanyak 46 peratus mengalahkan trak pikap Toyota Hilux (38 peratus).
Sumber: Bangkok Post