Jabatan Bomba LA terima trak pemadam api berkuasa elektrik pertama di US

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Bomba Los Angeles (LAFD) baru-baru ini memperlihatkan sebuah jentera pemadam api yang dipercayai merupakan trak bomba berkuasa elektrik yang pertama di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak bomba RTX itu diproduksikan oleh Rosenbauer, di mana mereka turut mendakwa model tersebut sebagai trak bomba pertama berkuasa elektrik di dunia.
 

RTX


Harga untuk sebuah trak bomba berkuasa elektrik itu bermula dari $900,000 (RM3.96 juta), namun pihak LAFD telah menempah sebuah versi pada harga bermula dari $1.2 juta (RM5.27 juta!).

Menurut ketua jabatan bomba LAFD, Kristin Crowley berkata, penggunaan trak berkuasa elektrik ini bukan sahaja mampu mengurangkan bunyi bising, akan tetapi mencipta suasana kerja yang lebih sihat kepada anggotanya (disebabkan tidak lagi menggunakan bahan api diesel).

Trak Rosenbauer RTX ini didatangkan dengan trenkuasa 483 hp dan pek bateri berkapasiti 132 kWh yang cukup untuk operasi menyelamat dan memadamkan api selama kira-kira dua jam.
 

RTX


Untuk kegunaan operasi pada jangka masa yang lebih lama, trak ini didatangkan dengan unit penambah jarak berkuasa diesel yang merupakan sebuah enjin enam silinder sebaris BMW 3.0 liter berkuasa 300 hp yang digunakan untuk mengecas bateri atau menyalurkan kuasa kepada pam air apabila diperlukan.

Malah, untuk tahap kecekapan maksimum, trak ini turut didatangkan dengan ciri brek regeneratif.

 


Selain daripada kelengkapan tipikal jentera bomba, Rosenbauer RTX turut dipasangkan dengan sistem suspensi udara boleh laras yang mampu menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 177.8 mm hingga 482.6 mm bergantung kepada keadaan muka bumi.

Kapasiti tangki air pula mampu menampung 1,893 liter hingga 2,839 liter dengan pam berkeupayaan untuk memancurkan air pada kapasiti 2,839 liter/minit hingga 5,678 liter/minit.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebalik trak pikap Hilux yang telah diubah menjadi sebuah jentera bomba 6x6, tersedia sistem…
Berita Global
Pagi Sabtu tanggal 18 Februari, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang…
Berita Global
  Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu bergerak di landasan, terbakar dan…