Jadual kereta api ERL diubah semula dan bermula Sabtu ini

oleh SALINA JALIL|
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan mengatur semula jadual perkhidmatan kereta api mulai Sabtu ini untuk baki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memenuhi jumlah penumpang semasa.


ERL, dalam kenyataan, berkata KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini beroperasi sebagai perkhidmatan gabungan mulai 6 pagi hingga 11.10 malam setiap hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kekerapan tren setiap 30 minit semasa waktu puncak pada hari biasa dan setiap 60 minit di luar waktu puncak, hujung minggu dan cuti umum.

 

"Tiada perkhidmatan tren sebelum jam 6 pagi dan selepas tren akhir berlepas pada jam 11.10 malam," katanya.

 

Menurut ERL, masa perjalanan antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah 35 minit, KLIA2 (39 minit) dan di KL Sentral, semua pelepasan dan ketibaan akan melalui stesen Transit KLIA.

 

Sementara itu, kenyataan itu menyebut jadual perjalanan akan dikaji semula secara berkala dan disesuaikan jika perlu agar memenuhi bilangan penumpang yang semakin meningkat.

 

Jadual baharu akan diterbitkan sebelum dilaksanakan setelah berunding dan mendapat kelulusan pihak berkaitan, katanya.

 

Pada 4 Mei lalu, ERL memperkenalkan jadual perkhidmatan terhad dengan tren bergerak setiap 20 minit pada waktu puncak pada hari biasa dan setiap 30 minit pada luar waktu puncak, hujung minggu dan cuti umum selepas menggantungkan perkhidmatan mulai 4 April lalu sepanjang fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  ERL dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa, keputusan itu dibuat susulan rundingan dengan…
Berita Global
Memetik laporan daripada Bernama, projek tersebut dibatalkan memandangkan kedua-dua negara gagal…
Berita Domestik
Bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan perkhidmatan dari dan ke KLIA serta KLIA2…