Jaecoo buka pendaftaran untuk yang berminat

oleh Firdaus Razani|
Model SUV premium, JAECOO J7 yang dinanti-nantikan secara rasminya akan mula menerima pendaftaran mulai 10 April 2024.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Peminat SUV lasak premium itu boleh mendaftarkan minat di roadshow JAECOO Premier Experience yang terletak di Pusat Beli-belah 1Utama atau melalui laman web rasmi JAECOO Malaysia.

 

j7

 

Berikutan minat orang ramai yang semakin meningkat, JAECOO Malaysia memberi gambaran harga bagi model J7 yang dianggarkan tidak melebihi RM200,000.

Model sulung didatangkan dalam dua varian iaitu JAECOO J7 Pacuan Semua Roda (JAECOO J7 All-Wheel Drive (AWD)) yang dianggarkan sekitar RM160,000.

 

j7

 

Manakala bagi JAECOO J7 Pacuan Dua Roda (JAECOO J7 Two-wheel Drive (2WD)) dianggarkan sekitar RM150,000.

JAECOO J7 mempunyai pilihan empat warna, iaitu Moonlight Silver, Carbon Crystal Black, Khaki White dan Model Green.

 

j7

 

Penghantaran kereta kepada pelanggan dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, bergantung kepada jumlah pendaftaran.

Selain itu, pandu uji model J7 bagi pelanggan yang berminat dijangka bermula pada bulan Mei.

Sementara itu, bakal pelanggan yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan kepada wakil JAECOO Malaysia tentang model J7 boleh melawat roadshow JAECOO.

Baca lanjut mengenai JAECOO J7 di Careta.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Untuk pasaran tempatan, Jaecoo J7 ditawarkan dengan dua pilihan versi iaitu pacuan semua roda (AWD…
Model Terbaharu
Keunggulan model J7 telah diuji semasa mengemudi litar yang menampilkan enam jenis cabaran dinamik…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…