Malaysia negara pertama Asia Tenggara terima kehadiran jenama JAECOO

oleh Mohamad Hanif|
JAECOO merupakan sebuah jenama automotif berkonsepkan off-road yang ditubuhkan oleh pengeluar China Chery pada tahun lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global dengan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan SUV JAECOO J7 pada separuh pertama tahun ini.
 

j7


Model pertama JAECOO itu telah diperlihatkan kepada media buat kali pertama pada awal Januari yang lalu.

Secara standard, SUV itu membawakan nadi empat silinder sebaris 1.6 liter turbo dengan hamburan kuasa 194 hp dan 290 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik DCT tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda AWD.
 

j7


Untuk membuktikan keupayaan off-road yang sebenar, JAECOO turut menguji aspek pemanduan SUV J7 itu di M4TREC melalui pelbagai halangan jalanan seperti tanjakan penggelek, ujian artikulasi, lintasan rabung dan lain-lain.

Dengan sistem pemanduan pintar semula jalan (ARDIS), JAECOO J7 menawarkan pelbagai mod pemanduan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, termasuklah pasir, salji, lumpur serta tujuh keadaan off-road yang lain.
 

j


Selain itu, J7 turut mendapat manfaat daripada sistem brek kuasa pintar BOSCH (IPB) yang memberikan keupayaan penguncian persis sebuah kunci pembeza dengan kadar tindak balas terpantas di dalam kelasnya, iaitu kurang 0.1 saat.

Seperti yang disebutkan tadi, JAECOO Malaysia dijangka akan melancarkan model pertama mereka secara rasmi dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Butiran lanjut seperti spesifikasi luaran dan dalaman, serta harga jualan hanya akan diketahui kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat SUV lasak premium itu boleh mendaftarkan minat di roadshow JAECOO Premier Experience yang…
Berita Domestik
SUV J7, yang kini dipamerkan pada orang ramai di bilik pameran, melambangkan semangat pengembaraan…
Model Terbaharu
M4TREC merupakan penyedia latihan 4WD terkemuka di Malaysia, terkenal dengan kursus halangan 4WD…