Jaecoo J6 - Boleh lawan Suzuki Jimny?

oleh HEZERI SAMSURI|
Satu perkara yang kita perlu akur, Suzuki Jimny kini bukan lagi seperti dahulu.

Walaupun ia kekal sebuah jentera SUV kompak yang masih menggunakan platform "ladder frame" dan datang dengan transmisi lengkap dengan "lower transfer case", bermakna ia mampu benar-benar membawa anda masuk ke hutan belantara, kedudukan Jimny sekarang lebih kepada sebuah SUV gaya hidup.

Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari meredah semak samun. Harganya juga yang tinggi membuktikan imej gaya hidup yang lebih penting dari prestasi sebenar.

Jika itu menjadi taruhan, tidak mustahil pesaing Jimny akan terdiri dari SUV gaya hidup yang lebih memberi fokus kepada rekabentuk,  bukan kebolehan "offroading" lagi.

Jaecoo, jenama di bawah payung kumpulan Chery bakal melancarkan sebuah SUV gaya hidup di Thailand pada suku terakhir tahun ini.

 

 

Dari segi bentuk, Jaecoo J6 cukup menarik - menggunakan tema berpetak yamg dipopularkan oleh Land Rover dari UK. Malah seperti Jimny juga, kehadiran over fender menjadikan bahagian roda nampak lebih gagah dan macho.

Bahagian kabin juga jauh berbeza dari Jimny, di mana J6 ini lebih nenawarkan kemewahan dari kelasakan offroading.

Pilihan warna kabin juga menjunam ke arah gaya hidup modern, tidak nampak "plastik" dan err... murah. Kehadiran skrin-skrin sesentuh yang besar dan dengan resolusi tinggi menambahkan lagi rasa "high-tech" produk Jaecoo ini.

 

 

 

Perbezaan paling ketara ialah trenkuasa untuk J6 ini yang menggunakan elektrik 100 peratus. SUV Battery EV ( BEV) ini dilengkapi dengan bateri LFP dari CATL dengan saiz 69.8 kWh yang mampu memberikan pecutan 0-100 kmsj dalam 6.5 saat dan terus memecut sehingga 150 kmsj.

Paling penting, ia mempunyai jarak gerak sejauh 501 km (WLTP), lebih dari cukup untuk sebuah kenderaan urban.

Ciir-ciri lain yang menarik ialah sistem ADAS hasil dari gabungan teknologi DJI dan panel solar di atas bumbung untuk mengecas bateri (walaupun sebenarnya cuma sedikit cas yang boleh diberikan).

 

 

Petak pada pintu but belakang pula lebih kepada ruangan untuk penyimpanan kabel pengecas dan aksesori lain.

Jika ini hadir ke Malaysia dengan harga di bawah RM140,000, mungkin ramai sanggup mengenepikan kekhuatiran mereka berkaitan EV untuk membeli J6 yang cukup ranggi ini.

Skrol ke bawah untuk melihat album Jaecoo J6 di Wuhu, China.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Omoda Sepanyol merupakan syarikat usaha sama antara Spanish Ebro-EV Motors dan Chinese Chery…
Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…