Jakarta perluas peraturan ganjil-genap, atasi kesesakan lalu lintas

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari Bernama
Kerajaan provinsi Jakarta, Indonesia telah memperluaskan zon ganjil-genap kepada 25 berbanding 16 sebelum ini, berkuat kuasa hari ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.


Peraturan itu mengehadkan akses ke kawasan tertentu kepada kenderaan persendirian dengan digit terakhir nombor plat sama dengan tarikh semasa.

 

Tinjauan Bernama di Jalan Pramuka, Jakarta Timur pada 5 petang, trafik sesak tetapi sebilangan besar kenderaan persendirian yang mempunyai nombor plat genap.

 

Waktu operasi ganjil-genap bermula 6 hingga 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) dan 4 hingga 8 pagi WIB, setiap Isnin hingga Jumaat kecuali hujung minggu dan cuti umum.

 

Penduduk bandar terbesar di Asia Tenggara itu bergelut masalah kesesakan lalu lintas yang teruk sejak sekatan COVID-19 semakin berkurangan, memaksa rakyat memilih menggunakan teksi motosikal.

 

Pegawai penguat kuasa melaporkan masih ramai yang tidak mengambil berat dengan peraturan itu dan amaran sudah diberikan.

 

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan penalti sehingga 500,000 rupiah atau denda RM150.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
  “Secara keseluruhan terdapat 114.5 kilometer (sekarang) dan tahun ini sahaja kami akan menambah…
Berita Global
Model Wuling Air EV ini adalah kenderaan elektrik super kompak yang sesuai untuk bandaraya padat…
Sukan Bermotor
Ini kerana separuh kedua perlumbaan Formula E akan mengambil tempat di Jakarta, Indonesia di mana…