Jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dibuka semula

oleh Mohamad Hanif|
Jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup sejak 3 April lalu bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C kembali dibuka semula hari ini untuk kegunaan orang ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata laluan berkenaan telah dibuka semula kepada kenderaan ringan selepas kerja-kerja pemasangan cerucuk itu siap Khamis lalu.

Pembukaan semula laluan tersebut akan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur.

"Saya juga berharap pembukaan laluan ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada anak perantauan ke Kelantan sempena sambutan Aidiladha Khamis ini dan selepas musim perayaan nanti," katanya melalui hantaran di Facebok rasminya.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, laluan terlibat adalah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Perak, Jalan Dang Wangi,…
Informasi
  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, bagi kawasan…
Berita Domestik
  Difahamkan laluan tersebut pernah dibaiki dan kejadian paip pecah di lokasi terbabit pernah…