JKR jawab mengenai Jambatan Bailey mendap di laluan Kuantan-Segamat

oleh Firdaus Razani|
Pada Jumaat lalu, Hezeri Samsuri melalui akaun X beliau berkongsi mengenai keadaan di Jambatan Bailey di laluan Lebuhraya Tun Razak Kuantan-Segamat yang sudah mendap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat banyak kereta yang terkesan seperti bumper depan tercabut dan kesesakan trafik yang tinggi di laluan tersebut.

 

 

Oleh itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberi maklum balas berkenaan perkara tersebut.

Jambatan Bailey tersebut dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Januari 2024 yang bertujuan untuk menghubungkan jalan terputus akibat banjir pada awal Januari yang lalu.

Hasil pemantauan, didapati jumlah kenderaan berat terutamanya melibatkan kenderaan berat melebihi had telah mengakibatkan kerosakan plat keluli yang menyambungkan ramp ke jalan tuju.

Pembaikan kerosakan hanya sesuai dilaksanakan selepas musim perayaan berikutan pembaikan jambatan Bailey akan melibatkan penutupan keseluruhan jalan di lokasi tersebut.

Tambahan itu, JKR Negeri Pahang telah memasang lampu solar di sekitar laluan yang telah dikenalpasti sebagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Untuk makluman, kerajaan telah meluluskan pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan asal yang telah runtuh pada awal Januari 2024 yang lalu.

jkrjkr

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Berita Domestik
Difahamkan, walaupun pembaikan berkala dilaksanakan kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR), namun…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…