Empat pesanan penting yang disampaikan oleh Presiden itu untuk industri automotif Indonesia.
Produk Indonesia harus berjaya di dalam negara sendiri
Jokowi berkata kenderaan-kenderaan CKD yang dipasang di dalam negara dengan komponen tempatan harus mendahului pasaran automotif Indonesia.
Jokowi memberi amaran supaya jangan sampai kenderaan import sepenuhnya atau CBU bermaharajalela dalam pasaran tempatan.
Perlu tingkat eksport kenderaan
Jokowi mahukan jumlah kenderaan-kenderaan yang dipasang di Indonesia dan kemudian di eksport perlu ditingkatkan.
Beliau terus memberitahu bahawa kerajaan Indonesia akan memberikan insentif untuk mana-mana syarikat yang mengekport produk mereka ke luar negara.
"Pasaran tempatan perlu dikuasai, pasaran eksport patut ditingkat," ujar beliau.
Tingkat pemasangan model-model berteknologi tinggi
Jokowi berharap agar industri automotif Indonesia akan memasang produk-produk mesra alam seperti kenderaan hibrid, Plug In Hybrod atau EV tulen.
Manfaat AMMdes untuk tingkat produksi
Jokowi juga berharap projek AMMdes atau Alat Mekanis Multiguna Perdesaan yang melihat kenderaan buatan Indonesia khusus untuk petani-petani tempatan digunakan untuk memingkatkan produktiviti negara dan juga kebolehan industri automotif Indonesia.
Pameran Automotif GIIAS ke-26 ini berlangsung bermula dari hari ini sehingga 8 Ogos. Ratusan kenderaan dipamerkan dan lebih dari 40 ialah pelancaran model terbaharu di Indonesia dan ada yang pertama kali dipertontonkan kepada dunia.