Jatuh dalam lubang di jalan raya, mangsa terima pampasan RM652,000

oleh Penyumbang Rencana|
Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Rabu telah membenarkan pampasan sejumlah RM652,000 kepada mangsa kemalangan yang kehilangan kaki kirinya kerana terjatuh ke dalam lubang dilimpahi air di jalan raya pada kejadian hampir dua tahun lalu.


Kejadian itu menimpa mangsa Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin, 34, dalam kejadian 1 Disember 2019 di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, di Machang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Peguambela yang mewakili Muhamad, Wahab Che Kob dan Nor Asniza Husin berkata kebenaran pampasan itu susulan tuntutan dibuat terhadap Roadcare Malaysia Sdn Bhd dan kerajaan Malaysia.

 

Menurutnya di awal perbicaraan pihak Roadcare menafikan dan menyangkal kewujudan lubang pada jalan raya berkenaan.

 

"Namun mahkamah menyatakan berdasarkan bukti-bukti dan keterangan di pihak plaintif mendapati kemalangan berlaku disebabkan lubang yang dilimpahi air akibat kecuaian Roadcare sebagai kontraktor penyelenggara jalan kepada kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan," katanya kepada pemberita.

 

Keputusan itu dibuat oleh hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli manakala defendan diwakili peguam S Siva Shanker dan Asmah Che Wan.

 

- kita pengguna jalan raya ada hak menuntut demi keselamatan diri dan keluarga -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menurut laporan tempatan, lubang tersebut muncul selepas paip air panas pecah dan menyebabkan…
Berita Domestik
Pemandu wanita yang berusia 32 tahun itu dilaporkan melanggar penghadang air di lorong kiri dan…
Informasi
  Menurut laporan dari Sinar Harian, @madshafiq mengambil tindakan tersebut adalah disebabkan…