Kempen jelajah ini adalah untuk membawa Primax 95 baharu dengan bahan api Pro-Drive lebih dekat ke para pengguna di luar sana. Konsep ini adalah yang pertama seumpamanya di negara di mana Petronas menyediakan pengalaman berbelanja secara sistem mobile kepada pelanggan di luar premis stesen.
Untuk menyertai aktiviti ini, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli Mesra, membeli produk c-kedai atau minyak pelincir atau pembelian kad hadiah bahan api atau barangan eksklusif Petronas, dan pada masa yang sama akan didedahkan kepada produk dan perkhidmatan baru, seperti Setel.
Dalam mengadaptasikan mesej jenama iaitu Move Like Never Before (Bebaskan Gerakmu), objektif utama adalah memperkenalkan bahan api baharu; Petronas Primax 95 dengan Pro Drive yang menjanjikan permanduan lebih licin (smooth), responsif (responsive) dan tahan (cope). Dengan itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan juga adalah berkaitan dengan moto jenama tersebut seperti permainan realiti (virtual), bola keranjang serta pelbagai aktiviti lain untuk memeriahkan kempen ini.