GM turut akan menutup studio rekabentuk Holden di Melbourne dan litar ujiannya di Lang Lang, berhampiran bandar itu.
Lebih kurang 600 hingga 800 pekerja bakal kehilangan mata pencaran tetapi mereka akan diberikan pakej yang sepatutnya.
Namun begitu, GM akan mengekalkan dalam 200 orang pekerja untuk terus membuka pusat servis dan juga waranti bagi 10 tahun akan datang.
Ini dilihat sebagai antara langkah GM untuk keluar dari pasaran Pemanduan Sebelah Kanan (RHD) di seluruh dunia. Sebelum ini, GM sudah keluar dari UK, Jepun, India, Afrika Selatan dan juga Malaysia.
Cuma tiga sahaja negara RHD yang masih wujud untuk GM sekarang, Australia, Thailand dan New Zealand. GM juga sudah mengumumkan akan menutup operasi mereka di kesemua negara itu bermula pada tahun ini.
GM bercadang untuk menggantikan jenama Holden di Australia dengan General Motors Specialty Vehicles (GMSV) di mana ia akan menjual model-model dari US yang akan ditukar kepada varian RHD.
Antaranya ialah kereta sport Chevrolet Camaro dan trak pikap Chevrolet Silverado.